Khamis, 1 Disember 2011

cerita aku dan dia

bermula hanya dengan satu pandangan .
aku mule tertarik dengan wajah manis dia .


aku cuba cari jalan terbaik untuk kenali hati dia .
aku bukan la lelaki yang digelar 'gentleman' .
aku hanya malu untuk meluahkan perasaan diri .
aku hanya simpan di dalam hati .


hari ke hari berlalu pergi .
aku semakin tak keruan untuk mengenali diri dia .


masa berganti masa .
fikiran bertukar fikiran .


akhirnya berkenalan dengan bantuan .


permulaan kenalan aku cuba bergurau .
dibalas dengan senyuman dan gelak ketawa dia .
aku gembira balasan yang diterima .


aku mendapat tahu dia juga memerhati diriku .


hari ke hari berlalu lagi .
perkenalan kami bertambah serius .


aku takut dia pergi .
lalu aku cuba untuk meluahkan hati .
dia dengar sambil tersenyum .
tetapi dia masih tidak menerimaku .
aku tahu kau mahu .
kau berkata supaya diberi masa .
aku tidak boleh menunggu .


kerana cinta aku terpaksa memaksa .
aku benar benar takut terlepas diri dia .


masa bersejarah mula tercatit .
apabila dia menerima ku .
gembira tak terkata hanya didalam hati .


kita bercinta indahnya dunia .
juga berkasih sayang mendalami hati .
janji janji mula ditabur .
sebagai senjata menguatkan hubungan .
dia janji sehidup semati .
bersama aku suka dan duke .


semakin hari semakin serasi .
dengan perlahan mule mengenali keluarga .
supaya aku lebih rapat mengenali dia .
untuk masa depan berpanjangan .


cerita berganti cerita .
kita mula bergaduh kerana cinta .
dengan kerana cinta ikhlas aku dan dia .
dia sudi memaafkan kesemua kesalahan ku .


bulan ke bulan berlalu .
kerana sayang dan cinta .
aku mula bercerita tentang masa depan .
dia mula memberi idea .
berkata simpan duit yang ada .
untuk masa depan hubungan ini .
aku tersenyum dengan keputusan dia .


semakin hari semakin sayang .
semakin aku takut kehilangan dia .
kerana 
dia lah yang menjaga aku ketika sakit .
dia lah menemani aku ketika suka dan duka .
dia lah pemberi semangat aku ketika aku jatuh .
dia lah membantu aku ketika aku susah .
dia lah pendorong aku untuk berjaya .
dia lah segala-galanya di hati aku .
yang setia disisi aku .


semakin hari kita semakin dewasa .
kita semakin rapat .
dan bertambah rapat sehingga ke masa ini .
tarikh 2.12.2011 cukup kita bersama selama 11 bulan .
melalui segala pahit manis bersama .
suka duka dikongsi bersama .


harapan aku pada dia .
tidak lah sebesar lautan pasifik .
tidak lah semahal menara tinggi dubai .
tidak lah sepayah acara anda ada 60 saat .
hanya mahu kesetiaan dan kejujuran dia .


tiada yang dapat pisahkan aku dan dia .
hanya tuhan yang menentukan jodoh kami .
semoga setiap doa ku dimakbulkan .
supaya dapat menjaga dia sampai akhir nafas ku .



PERUBAHAN

  • b dalam proses cuba berubah .
  • b rase b memang dah hampir berjaya .
  • b berubah bukan untuk sayang tapi untuk masa depan kita .
  • thanks bantu .

"selamaat ulang bulan ke sebelas kita sayang :)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan